Pajak Gadai Perkhidmatan Terbaik Malaysia
Isnin - Sabtu, 8.30am - 5.30pm | Ahad, 8.30am - 3.30pm

Pajak Emas vs Jual Emas

Pajak Emas? Jual Emas? Apa bezanya?

Patutkah saya “Pajak” emas saya, atau “Jual” sahaja? Apakah perbezaannya? Inilah persoalannya.

Simpanan “Emas” = Simpanan “Tunai”. Jika anda mempunyai emas, anda boleh menukarkan emas anda kepada “Tunai” dengan memajak atau menjualkan emas anda apabila wang tunai segera diperlukan. Seluruh proses hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja, lepas itu wang tunai akan berada di tangan anda. Selain daripada itu, anda tidak perlu memohon “Pinjaman Peribadi” yang memerlukan berminggu-minggu atau berbulan-bulan untuk mendapatkan kelulusan. Ada juga orang yang akhirnya gagal mendapat kelulusan pinjaman kerana polisi bank yang ketat.

Antara perbezaan pajak emas di Pawnzon dengan jual emas kepada kedai emas lain:

PAJAK di PAWNZON JUAL kepada Kedai Emas
Harga
Dapatkan sehingga 80% nilai pasaran emas  

Dapatkan nilai pasaran emas tolak “Kos Spread”

Kos

Faedah (bunga) akan dikenakan.

Di Pawnzon, faedah (bunga) akan dikira seperti berikut:

1)     Faedah harian serendah 0.07% sehari

(tidak melebihi 2% sebulan);

Atau

2)     Faedah bulanan 1.5% sebulan.

 

 

“Kos Spread”* akan dikenakan

Kos Spread ialah peratusan perbezaan antara “Harga Jual” dan “Harga Beli” kedai emas. Nilai spread hanya diketahui apabila kita mengetahui berapakah harga jualan dan harga belian sesuatu syarikat. Biasanya sekitar 6% – 12%, ada kedai yang spreadnya sekitar 30%!

Formula seperti berikut:

(“Harga Jual” -Harga Beli)÷(Harga Jual)×100=Spread%

Pemilikan emas anda

Anda masih memiliki emas anda. Anda boleh memilih untuk menebus kembali emas anda pada bila-bila masa dalam tempoh 6 bulan.

Jika anda memutuskan untuk tidak menebusnya kembali, tiada masalah sama sekali. Anda boleh membiarkannya seperti bagaimana anda menjual barang anda. Tiada risiko mendapat rekod kredit buruk!

 

Anda tidak lagi memiliki emas tersebut setelah ia dijual.
Manfaat tambahan

MUDAH & FLEKSIBEL:

1) TIKET PEMBAHARUAN:

Jika anda tidak mahu menebus barang anda selepas 6 bulan, tetapi masih ingin mengekalkan pemilikan emas anda, anda boleh memilih untuk membayar faedah (bunga) sahaja, dan tiket pajak gadai anda akan diperbaharui untuk 6 bulan lagi.

2) PELAN ANSURAN “Bayar Kurang”:

Anda boleh memilih untuk membayar balik sebahagian pinjaman anda pada bila-bila masa dalam tempoh 6 bulan. Jumlah pinjaman lebih rendah bermaksud faedah (bunga) lebih rendah!

3) TAMBAH PINJAMAN:

Inilah manfaat yang terbaik! Dalam tempoh 6 bulan gadaian barang anda dengan kami, jika harga pajak meningkat, anda boleh memilih untuk menambahkan pinjaman anda mengikut harga pajak semasa, dan mendapatkan lebih banyak wang tunai!

Di Pawnzon, semua ini boleh dilakukan secara DALAM TALIAN! Anda boleh membayar faedah (bunga), membayar ansuran dan menambah pinjaman anda dalam talian! Wang itu boleh dipindahkan ke akaun anda terus tanpa sebarang kerumitan!

 

Tiada

Click here to follow our Facebook Page & Instagram Page

Pawnzon Facebook

Pawnzon Instagram

Sudahkah anda memutuskan untuk "Pajak" atau "Jual" emas anda?

Jika anda hanya memerlukan wang tunai segera, dan tidak ingin kehilangan emas anda supaya anda boleh menggunakannya semula pada masa hadapan, “Pajak” ialah pilihan terbaik anda. Walau bagaimanapun, jika anda telah memutuskan bahawa anda tidak lagi mahu barangan emas anda, adalah lebih baik untuk “Jualkan” barangan tersebut. Sudah tentu, keputusan untuk buat mana-mana satunya masih bergantung kepada keselesaan anda.

Berminat untuk mengetahui berapa banyak yang anda boleh dapat dengan “Pajak” emas anda, hubungi kami sekarang di talian 03-7496 8788 / 03-7890 4132 atau kunjungi kedai pajak gadai kami yang terdekat dengan anda untuk mendapatkan penilaian harga PERCUMA!

Harga Pajak Emas 916: RM2xx

Harga Emas Pasaran 916: RM2xx