Tentang Kami
Dapatkan Tunai dengan rangkaian Pajak Gadai Pawnzon. Perlukan tunai segera? Jangan risau, kami boleh bantu.
Pajak emas atau barang kemas lain di rangkaian kedai Pajak Gadai Pawnzon, dan anda akan dapatkan tunai dengan segera. Seluruh prosesnya sememangnya senang dan pantas. Paling penting, barang pajakan tersebut masih dimilikimu!
Pawnzon ialah satu platform pajak gadai yang ditubuhkan khususnya untuk memudahkan proses pajak gadai di Malaysia. Untuk mencapai aspirasi ini, kami telah membentuk perkongsian dengan kedai-kedai pajak gadai berpengalaman di seluruh Malaysia. Salah satu rakan pajak gadai kami mempunyai pengalaman lebih daripada 70 tahun!
Kedai pajak gadai kami berada di pelbagai lokasi untuk memudahkan urusan anda. Anda boleh pergi ke mana-mana kedai pajak gadai yang terdekat mengikut keselesaan anda. Semua penilai emas kami amat berpengalaman, oleh itu, anda boleh yakin bahawa harga tawaran kami betul-betul tepat, berpatutan dan jujur.
Kenapa Pilih Rangkaian Pajak Gadai Pawnzon?
Mudah & Cepat
Pemeriksaan kredit TIDAK diperlukan,dapatkan
tunai dalam masa 5 minit
Pelan/Amaun Bayaran Ansuran yang Fleksibel
Bayar balik mengikut kemampuan dan rancangan kewanganmu. Jika mampu, anda boleh bayar lebih – sebab jikalau pokok pinjaman dikurangkan, faedah pun akan jadi lebih rendah
Sistem Mata Ganjaran
Mata ganjaran diberi setiap kali anda membayar faedah, dan anda boleh menggunakan mata ganjaran yang dikumpul untuk membayar baki faedah yang tinggal!
IPT (Inter Pawn Transfer)
Lakukan pembaharui tiket and pembayaran
di mana-mana satu rangkaian kedai pajak gadai Pawnzon yang terdekat dengan anda.
Harga Tawaran yang Tinggi & Jujur
Semua penilaian kami jujur, setinggi 80% daripada nilai pasaran emas
Perkhidmatan yang Ikhlas
Peringatan percuma sebelum tarikh luput tiket pajak gadai
Keselamatan Peringkat Tertinggi
Pengawasan CCTV 24 jam dengan insurans lengkap, barang berhargamu selamat dalam tangan kami.
Boleh Bayar Online
Jimat masa, jimat kertas. Anda boleh bayar faedah atas talian!
Faedah yang Rendah & Fleksibel
Pilih antara kadar faedah harian atau bulanan mengikut keperluanmu
Proses Pajak Gadai yang Amat Mudah & Pantas
Di rangkaian kedai pajak gadai Pawnzon, anda boleh pajak emas atau barang kemas lain melalui proses yang cepat dan boleh dipercayai. 3 LANGKAH & 5 MINIT sahaja, dan anda akan terus dapatkan wang tunai.
Langkah 1:
Bawa barang yang ingin digadaikan dan dokumen pengenalan diri ke mana-mana kedai pajak gadai dalam rangkaian kami.
Langkah 2:
Kami akan menilai barang anda dan menawarkan harga yang terbaik untuk barang tersebut.
Langkah 3:
Jika anda setuju dengan harga tawaran kami, kami akan memberikan tunai dan tiket pajak gadai kepadamu dengan serta merta.
Lokasi
Buat masa ini, kami mempunyai 16 rangkaian kedai pajak gadai Pawnzon yang berada di Kuala Lumpur dan Selangor. Klik pada daerah/bandar anda untuk cari kedai kami yang terdekat dengan anda
Klang
Kuala
Lumpur
Kuala
Selangor
Petaling
Jaya
Sepang
Kota
Kemuning
Subang
Jaya
Lihat Apa yang Pelanggan Kami
Katakan Tentang Kami
Mari lihat testimoni yang dikongsikan oleh pelanggan kami, dan anda akan tahu bahawa kami bukan omong kosong semata-mata atau masuk bakul angkat sendiri.
0
Blog
Sebagai penyedia perkhidmatan yang bertanggungjawab, kami akan berkongsi informasi tentang pajak emas dari semasa ke semasa dalam bentuk blog di laman web kami. Hal ini kerana kami harap pelanggan kami dapat membuat keputusan yang bijak, serta termaklum dengan maklumat yang tepat dan terkini tentang semua hal pajak gadai emas dan barang kemas lain.
Pendedahan
- Tiada tempoh bayaran balik minimum. Tempoh pembayaran maksimum bagi gadai adalah enam (6) bulan dari tarikh transaksi, dengan kemungkinan sambungan tertakluk kepada kelulusan.
- Kadar Peratusan Tahunan Maksimum (APR), yang merangkumi kadar faedah ditambah yuran dan kos lain untuk setahun adalah 24%.
- Contohnya, pinjaman sebanyak RM 1,000.00 dengan kadar faedah bulanan sebanyak 1.5% selama tiga bulan akan mengakibatkan caj faedah sebanyak RM 45.00. Dengan itu, jumlah keseluruhan yang diperlukan untuk menebus item gadai adalah sebanyak RM 1,045.00.
- Kami tidak menawarkan pinjaman gadai yang memerlukan pembayaran penuh dalam tempoh 60 hari atau kurang, dari tarikh penerbitan pinjaman gadai.