Barang Gadai
Emas
Semua bentuk barang kemas emas, termasuk 999, 916, 835, 750, 22K, 18K dan lain-lain. Kami juga menerima bar emas, wafer emas dan syiling emas. Di samping itu, barang kemas yang rosak atau tidak lengkap juga boleh diterima.
Berlian
Perhiasan berlian dalam apa jua bentuk, dengan atau tanpa pensijilan berlian rasmi.
Perak
Semua bentuk jongkong perak atau duit syiling. Jongkong perak atau syiling perak yang rosak atau tidak lengkap juga diterima.
Jam Tangan Rolex
Semua jenis rekaan jam tangan berjenama Rolex.
BAGAIMANA PROSES MENGGADAI
Memajak barang berharga dengan cepat dan mudah. Anda hanya memerlukan IC / MyKad / Pasport anda untuk tujuan pengenalan.
- Pelanggan mesti berumur 18 tahun ke atas.
- Jumlah pajak gadai diberi berdasarkan kadar pasaran semasa mengikut jenis barang berharga pelanggan.
- Maklumat pelanggan akan direkodkan dan tiket pajak gadai akan dikeluarkan.
- Setiap tiket pajak gadai mempunyai tempoh 6 bulan.
- Semua pelanggan boleh memilih pelan untuk membayar balik faedah (Feadah Fleksi), dan feadah dikenakan mengikut jumlah pinjaman yang perlu dibayar semasa menebus barang yang telah digadai.
- Sekiranya tiket pajak gadai anda hilang, beritahu kami secepat mungkin untuk mengelakkan penebusan barang secara tidak sah.
LANGKAH 1
LANGKAH 2
LANGKAH 3
BAGAIMANA PROSES PEMBAHARUAN
- Anda diminta untuk menunjukkan tiket gadai janji yang telah dikeluarkan semasa ingin melakukan pembaharuan tiket. Anda juga boleh memperbaharui tiket gadai janji anda dimana – mana cawangan rakan kongsi Pawnzon melalui/ dengan menggunakan sistem IPT.
- Pelanggan boleh memilih sama ada ingin menambah jumlah, mengurangkan jumlah, atau membayar faedah.
- Pelanggan diminta untuk membayar faedah dan caj tiket. Kemudian, tiket gadai baru yang akan dikeluarkan untuk tempoh selama 6 bulan lagi.
- Kami akan sentiasa memaklumkan anda melalui SMS, panggilan telefon, dan mel sebelum item gadaian anda dijadualkan untuk dilelong.
LANGKAH 1
LANGKAH 2
Tambah / Kurangkan Jumlah Pinjaman ATAU Bayar Faedah.
LANGKAH 3
BAGAIMANA PROSES PENEBUSAN
- Tiket pajak yang dikeluarkan adalah diperlukan untuk menebus tiket di cawangan rakan kongsi Pawnzon yang ASAL.
- Identiti Pelanggan akan disahkan dan direkodkan.
- Pelanggan dikehendaki membayar amaun penebusan yang merangkumi jumlah pajak gadai dan caj faedah.
- Barang yang telah digadai akan dikembalikan kepada pelanggan selepas proses penebusan selesai.
- Penebusan perlu dilakukan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tiket dikeluarkan.
Pengiraan Faedah: Faedah Fleksi*
Bayaran Balik Faedah Fleksi PAWNZON (Faedah Fleksi)
Sekiranya berlaku transaksi pajak gadai baru, pemilik tunggal tiket mempunyai hak untuk memilih salah satu pelan faedah fleksi. Terdiri daripada:
- Faedah mengikut bulan (tetap pada kadar 1.5% sebulan)
- Faedah mengikut hari (kadar tidak melebihi 2% sebulan)
Faedah Mengikut Bulan
Jumlah Amaun Gadai | Interest Charged (RM) (Fixed at 1.5% per month) | |||
1 Hari | 2 Hari | 15 Hari | 30 Hari | |
RM100 | 1.50 | 1.50 | 1.50 | 1.50 |
RM1,000 | 15 | 15 | 15 | 15 |
RM10,000 | 150 | 150 | 150 | 150 |
Faedah Mengikut Harian**
Jumlah Amaun Gadai | Interest Charged (RM) (≤ 2% per month) | |||
1 Hari | 2 Hari | 3 Hari | 15 Hari | |
RM100 | 0.10 | 0.10 | 0.20 | 1.00 |
RM1,000 | 0.70 | 1.30 | 2.00 | 10.00 |
RM10,000 | 6.70 | 13.30 | 20.00 | 100.00 |
** Faedah harian dikira sebagai tarikh bulan semasa.
Tertakluk kepada terma dan syarat. Tekan di sini