Apa yang patut anda tahu sebelum jual emas?
- Februari 22, 2023
- Posted by: editor
- Category: Pajak
Berniat untuk jual emas anda? Maklumat berikut merupakan beberapa perkara yang anda harus fahami dan pertimbangkan sebelum membuat keputusan muktamad.
Nak mendapatkan tunai dengan emas yang anda miliki? Apakah pilihan yang tersedia?
Pilihan 1: Jual emas |
Pilihan 2: Pajak gadai emas |
Dengan itu, timbulnya persoalan seperti “pilihan mana yang paling sesuai untuk saya?”, “patut saya jual emas saya?”, “ataupun pajak gadai emas lebih bijak”, “apakah sebenarnya perbezaan antara dua pilihan ini?”, “berapa tunai yang boleh saya dapatkan?” dan soalan susulan lain yang berbagai-bagai.
Nanti sekejap, mundur selangkah dan cuba bertenang dulu. Izinkan kami menjawab segala pertanyaan anda sebaik mungkin.
Pertama sekali, marilah kita lihat apa itu ‘Jual Emas’, apa itu ‘Pajak Gadai Emas’ dan apa pula ‘Kelebihan Pajak Gadai Emas’.
JUAL EMAS
Jelas sekali, jual emas bermaksud menjual barangan emas, jongkong emas atau syiling emas anda sebagai pertukaran wang tunai. Perbuatan menjual juga bermakna anda menyerahkan hak pemilikan barangan anda. Dalam kata lain, anda tidak lagi memiliki barangan yang anda jual dan tidak akan mendapatkannya kembali. Isu ini mungkin menjadi masalah terutamanya dalam kes-kes yang melibatkan pusaka keluarga atau barangan yang mempunyai nilai sentimental.
Selain itu, jualan emas juga bermaksud anda kehilangan barangan emas tersebut untuk jual sekiranya anda mengalami kecemasan kewangan yang lain pada masa hadapan, sedangkan jika anda menggadai, anda boleh menggunakannya sebagai cagaran pada masa hadapan, asalkan anda membayar balik pinjaman dan faedah yang dikenakan sebelum tamat tempoh dan menebus balik emas anda.
PAJAK GADAI EMAS
Pajak gadai emas pula bererti anda mendapatkan pinjaman berasaskan cagaran barangan emas anda. Barangan berharga yang anda miliki berfungsi sebagai cagaran kepada kedai pajak gadai sekiranya anda tak dapat membayar balik pinjaman wang itu.
Sebelum kita menerokai kelebihan pajak gadai emas, sila beri perhatian bahawa kelebihan yang akan dibincangkan tidak semestinya adalah kelebihan pajak gadai emas apabila dibandingkan dengan jualan emas. Sebaliknya, mereka juga termasuk kelebihan pajak gadai emas secara amnya.
Kelebihan pajak gadai emas
Proses mendapatkan pinjaman melalui pajak gadai emas dianggap serta merta – satu kelebihan yang nyata berbanding dengan pinjaman peribadi daripada bank dan institusi kewangan lain yang mungkin mengambil masa beberapa hari untuk meluluskan pinjaman.
Selain daripada itu, pinjaman melalui pajak gadai emas tidak melibatkan sebarang semakan skor kredit peminjam. Proses pengesahan seperti semakan slip gaji atau penyata bank diketepikan sama sekali. Bagi kedai pajak gadai, barangan berharga anda sebagai cagaran adalah mencukupi untuk meluluskan pinjaman yang anda ingin ambil.
Malahan, walaupun anda gagal membayar balik pinjaman dan faedahnya serta menebus balik barangan emas anda, skor kredit anda tidak akan terjejas. Dalam semua urusan pinjaman dengan kedai pajak gadai, paling teruk pun anda akan kehilangan barangan emas yang anda cagar.
Satu lagi ciri istimewa yang menarik tentang pajak gadai emas adalah apabila harga pasaran emas naik, anda boleh mendapatkan tunai tambahan melalui proses “Add Loan”, iaitu “Tambah Pinjaman”. Disebabkan harga emas yang lebih tinggi berbanding dengan masa anda menggadai emas anda, anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan wang ekstra daripada pajak gadai yang anda lakukan sebelum ini mengikut pengiraan semula yang berdasarkan harga emas yang lebih tinggi.
Untuk maklumat lanjut mengenai perbandingan antara gadaian dan jualan emas, sila rujuk blog kami berkaitan PAJAK EMAS VS JUAL EMAS.
Maklumat tambahan yang penting dan berguna
Perdagangan emas tertakluk pada “spread”
‘Spread’ selalunya diistilahkan sebagai ‘susut nilai’. Sedangkan maksudnya dalam kedua-dua Bahasa adalah sepadan dan tepat, susut nilai kurang sesuai apabila digunakan untuk emas. Susut nilai membawa maksud kejatuhan nilai sementara nilai emas dikatakan kalis daripada inflasi. Oleh itu, istilah Bahasa Inggeris asalnya ‘spread’ atau ‘spread margin’ lebih digemari dalam kalangan pelabur emas. ‘Spread’ ialah peratusan perbezaan antara harga jualan dan harga beli, sebagaimana kita berurusan dengan pengurup wang. Mereka yang biasa berurusan dalam pertukaran mata wang akan sedar bahawa harga ‘Jual’ sentiasa lebih tinggi daripada harga ‘Beli’. Semakin tinggi spread, semakin ‘mahal’ untuk berdagang dengan vendor, manakala semakin rendah spread adalah sebaliknya.
Sebagai huraian, bila anda membeli emas, harga yang anda perlu bayar ialah harga ‘Jual (Sell)’, manakala apabila anda ingin menjual emas, harga yang dirujuk sentiasanya harga ‘Beli (Buy)’.
Jadi berhati-hatilah, kerana penjualan emas mungkin tidak begitu menguntungkan seperti yang dianggap apabila spread emas diambil kira.
Memahami nilai emas
Sebelum memutus sama ada untuk menjual atau menggadai emas dan barangan emas, anda harus mengetahui nilainya. Sebegitu, barulah anda dapat mengetahui nilai pasaran sebenarnya dan jumlah wang yang boleh anda peroleh melalui urus niaga anda dengan kedai pajak gadai.
Secara umumnya, anda harus memahami bahawa harga emas bergantung kepada ketulenannya, di mana 24-karat adalah yang paling tulen, diikuti oleh 22-karat, 18-karat, 15-karat dan seterusnya.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk blog kami mengenai JENIS EMAS VS HARGA EMAS.
Adakah jual emas lebih baik, atau gadai emas/barangan emas lebih bijak?
Pada hakikatnya, tiada jawapan yang pasti untuk soalan ini. Emas, sebagai aset, mempunyai nilai pasarannya dan didagangkan secara terbuka seperti saham. Oleh itu, harga emas akan turun naik disebabkan oleh penawaran dan permintaan, iklim politik dan kuasa beli. Jualan emas, dengan itu, juga akan menghasilkan pulangan (tunai) yang berbeza mengikut faktor-faktor tersebut.
Menentukan sama ada untuk menggadai atau menjual bergantung pada sama ada anda memerlukan sejumlah wang yang banyak atau ingin menyimpan emas anda sebagai cagaran untuk pinjaman jangka pendek yang lain pada masa depan.
Jawapan yang terbaik boleh dijumpai pada keperluan, kehendak dan situasi anda pada ketika itu. Tawaran terbaik, dari segi nilai kewangan yang didapati (secara serta merta), sudah tentunya didapati pada pilihan jualan emas. Pajak gadai emas, sebaliknya, memihak kepada keperluan jangka panjang.
Sudahkah anda memutuskan untuk "Pajak" atau "Jual" emas anda?
Jika anda hanya memerlukan wang tunai segera, dan tidak ingin kehilangan emas anda supaya anda boleh menggunakannya semula pada masa hadapan, “Pajak” ialah pilihan terbaik anda. Walau bagaimanapun, jika anda telah memutuskan bahawa anda tidak lagi mahu barangan emas anda, adalah lebih baik untuk “Jualkan” barangan tersebut. Sudah tentu, keputusan untuk buat mana-mana satunya masih bergantung kepada keselesaan anda.
Berminat untuk mengetahui berapa banyak yang anda boleh dapat dengan “Pajak” emas anda, hubungi kami sekarang di talian 03-7496 8788 atau kunjungi kedai pajak gadai kami yang terdekat dengan anda untuk mendapatkan penilaian harga PERCUMA!