Pajak Gadai Perkhidmatan Terbaik Malaysia
Isnin - Sabtu, 8.30am - 5.30pm | Ahad, 8.30am - 3.30pm

Terma dan Syarat Mata Ganjaran Pawnzon Loyalty Points

Terma dan Syarat Mata Ganjaran Pawnzon Loyalty Points

  1. Kelayakan Keahlian:
    Semua pelanggan Pawnzon boleh mendaftar keahlian percuma untuk mengumpul mata ganjaran Pawnzon Loyalty dengan melawat mana-mana kedai pajak di bawah Pawnzon atau mengaktifkan keahlian mereka menggunakan Akaun Pawnlink sendiri.
  2. Had Penebusan:
    Pelanggan hanya dibenarkan menebus maksimum 50% daripada jumlah faedah keseluruhan daripada mata ganjaran.
  3. Penggunaan Mata Ganjaran:
    Mata ganjaran yang dikumpul hanya boleh digunakan dalam urus niaga seterusnya.
  4. Tempat Penebusan:
    Mata ganjaran yang diperolehi melalui program Pawnzon Loyalty Point boleh digunakan di manamana kedai pajak rangkaian Pawnzon.
  5. Luput dan Ketidakaktifan Mata:
    Pawnzon Loyalty Point akan luput selepas 1 tahun jika akaun tidak aktif. Akaun yang tidak aktif selama 3 tahun akan dipindahkan ke dormant server.
  6. Pengiraan Mata Ganjaran:
    Mata Ganjaran diberikan sebagai jumlah keseluruhan; perpuluhan tidak termasuk dalam pengiraan mata. Sebagai contoh, RM60.73 akan dianggap sebagai 60 mata.
  7. Pengambilan Semula Mata:
    Dalam kes pengambilan semula mata, pelanggan masih akan menerima mata dari pindahan, tetapi selepas pemotongan mata yang diambil. Pengiraan akan disesuaikan dengan sewajarnya.
    Contoh:

    Komponen Kiraan
    Faedah Dibayar RM 100
    Tuntutan dari Mata Ganjaran -RM 1.8
    Jumlah Sebenar Dibayar RM 98.20
    Mata Diterima 98 points
  8. Ringkasan Pengiraan Mata Pawnzon:
    Pengiraan untuk mata ganjaran PAWNZON diringkaskan seperti berikut:
    a) Formula:
    Formula: Faedah – (Faedah x 10) – Mata ganjaran – (0.1% daripada Faedah) – Cashback
    • Contoh: Untuk faedah yang dibayar sebanyak RM 10 dengan 100 mata diperolehi, kadar pertukaran adalah RM 0.10.
    b.) Struktur Ganjaran Mata:
    Pelanggan yang memindahkan tiket gadai mereka dalam tempoh 3-5 bulan akan diberi ganjaran 3 kali ganda mata biasa.
    Pelanggan yang memindahkan tiket gadai mereka pada bulan 0, 1, 2, atau 6 akan diberi 1 kali mata ganjaran biasa.
    Pelanggan yang memindahkan tiket yang luput (lebih dari 6 bulan) tidak akan diberi mata ganjaran.

    Tempoh Pemindahan Tiket Mata Ganjaran
    Dalam masa 3-5 bulan 3 kali
    Pada 0, 1, 2, 6 bulan 1 kali
    Surat tamat tempoh (>6 bulan) Tiada mata ganjaran

    Dengan menyertai program Pawnzon Loyalty Points, pelanggan bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat ini. Pawnzon berhak untuk meminda atau menghentikan program ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.”

Harga Pajak Emas 916: RM2xx

Harga Emas Pasaran 916: RMxxx