Pajak Gadai Perkhidmatan Terbaik Malaysia
Isnin - Sabtu, 8.30am - 5.30pm | Ahad, 8.30am - 3.30pm

Pajak Berlian

Pajak Berlian (Diamond)

Jika anda mempunyai barang kemas berlian yang ingin memajaknya, anda boleh mengunjungi mana-mana kedai pajak gadai dalam rangkaian Pawnzon. Kedai pajak gadai kami terima barang kemas berlian dalam semua bentuk, dengan atau tanpa sijil berlian.

Tak pasti berapa nilai barang kemas berlian anda? Jangan risau, sila terus baca kerana kami akan menjelaskan dengan lebih lanjut seterus ini.

Bagaimana Harga Berlian Ditentukan?

Ramai yang beranggapan bahawa karat ialah satu-satunya faktor yang menentukan harga berlian, cuma anggapan ini adalah tidak benar. Secara amnya, harga berlian ditentukan/dipengaruhi oleh empat faktor, iaitu potongan, warna, karat dan kejernihan berlian.

Sini, kami akan menjelaskan dengan lebih teliti bagaimana setiap faktor ini mempengaruhi harga berlian. Selepas membaca artikel ini, anda akan mempunyai pemahaman yang lebih mendalam mengenai berlian dan bagaimana harganya ditentukan secara keseluruhan.

Faktor Pertama: Potongan Berlian (Cut)

Potongan berlian merupakan faktor yang terpenting dalam menentukan harga berlian. Ia ialah gaya keseluruhan sesuatu berlian tetapi bukannya bentuk sebenarnya. Apabila kami menilai potongan berlian, kedua-dua Bentuk Potongan (Cut Shape) dan Gred Potongan (Cut Grade, juga dikenali sebagai Kualiti Potongan) akan dipertimbangkan.

 

Bentuk Potongan

Secara umumnya, bentuk potongan berlian boleh dibahagikan kepada dua kumpulan seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Potongan Cemerlang Bulat (Round Brilliant Cut) Potongan Istimewa (Fancy Cut/Fancy Shaped)

Di antara semua bentuk potongan berlian yang terdapat dalam pasaran, berlian dengan potongan Cemerlang Bulat (Round Brilliant) mempunyai harga yang tertinggi, bukan sahaja kerana ia mempunyai permintaan yang tertinggi tetapi juga kerana ia mempunyai bilangan segi tertinggi yang memerlukan kemahiran pertukangan yang amat tinggi untuk menghasilkan bentuk potongan ini.

Manakala semua bentuk potongan selain daripada potongan Cemerlang Bulat dikategorikan sebagai potongan Istimewa. Berbanding dengan Berlian Cemerlang Bulat, permintaan terhadap berlian dengan potongan Istimewa adalah lebih rendah kerana potongan sebegini mungkin mempengaruhi kualiti potongan bagi berlian yang dihasilkan.

Biasanya, harga berlian berbentuk istimewa adalah 10-43% lebih rendah daripada Berlian Cemerlang Bulat!

Gred Potongan

Batu berlian kasar, iaitu bentuk asal berlian yang belum dipotong dan dikilatkan, adalah legap dan kurang atau tidak berkilau. Untuk menghasilkan berlian yang mempesona, batu berlian kasar perlu dipotong dan dikilatkan oleh pakar pemotong batu permata untuk menambahkan segi (atau muka) pada batu berlian supaya ia boleh memantulkan dan membiaskan cahaya – kilauan berlian.

Gred potongan ialah gred yang diberikan kepada setiap berlian berdasarkan jenis dan kualiti potongan yang dihasilkan. Menurut Institut Gemologi Amerika (GIA), gred potongan berlian adalah berdasarkan tujuh faktor: kecerahan, pantulan warna, kilauan, nisbah berat, ketahanan, potongan dan simetri berlian.

GIA membahagikan potongan berlian kepada empat gred, seperti berikut:

Cemerlang Sangat Baik Baik Biasa & Teruk
Ini ialah gred potongan tertinggi, mewakili 3% berlian berkualiti tertinggi di seluruh dunia.

Berlian dengan gred potongan Cemerlang ialah berlian yang mempunyai kilauan dan kecerahan maksimum, dengan semua sinar cahaya dipantul balik.

Gred potongan ini hampir merealisasikan potensi penuh berlian dan ia mewakili 15% berlian terbaik di seluruh dunia.

Berlian dengan gred potongan ini mempunyai kilauan dan kecerahan yang sangat baik, dengan kebocoran cahaya yang minimum.
Jika anda mempunyai bajet untuk berbelanja dan juga ingin pilihan yang lebih luas untuk warna, kejernihan dan karat, anda boleh pilih berlian dengan gred potongan Sangat Baik.

Gred potongan ini mewakili 25% berlian terbaik di seluruh dunia.

Berlian dengan gred potongan ini masih mempunyai kilauan dan kecerahan yang baik walaupun terdapat sedikit kebocoran cahaya.
Dalam kes tertentu, berlian akan dipotong dalam perkadaran yang “Baik” dengan sengaja, tetapi bukannya “Cemerlang” atau “Sangat Baik”, supaya bentuk potongan Istimewa dapat dihasilkan.

Berlian dengan gred potongan ini biasanya mempunyai kilauan dan kecerahan yang kurang baik atau teruk akibat kebocoran cahaya yang ketara.

Kami mengesyorkan untuk mengelakkan berlian dengan gred ini.

Faktor Kedua: Warna Berlian (Colour)

Untuk tujuan menilai warna berlian, pakar-pakar berlian telah mewujudkan skala gred warna yang dilabelkan dengan huruf D hingga Z, seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah.

Berlian tanpa warna ialah berlian yang berkualiti tertinggi dan amat jarang ditemui, dan oleh itu, harganya juga amat tinggi. Padahal kebanyakan berlian mempunyai sedikit kekuningan yang tidak dapat dikesan dengan mata kasar.

Sebagai rujukan, anda boleh pilih berlian dalam kategori I, J atau K jika anda ingin membeli berlian kurang daripada 1 karat dan mempunyai bajet yang terhad; dan anda boleh mempertimbangkan berlian dalam kategori D hingga H jika ingin membeli berlian dengan 1 karat atau lebih tinggi.

Manakala berlian dalam kategori L hingga Z boleh diabaikan memandangkan mereka memang jarang dijual oleh kedai emas kerana kekuningannya yang terang dan ketara.

Faktor Ketiga: Karat Berlian (Carat)

Karat berlian menunjukkan berat berlian dan bukan saiznya (walaupun biasanya saiz berlian akan meningkat mengikut beratnya). Setiap unit karat adalah bersamaan dengan 200 miligram dan ia diukur dengan 100 titik perpuluhan untuk membolehkan pengukuran yang tepat.

Semakin tinggi karat sesuatu berlian, semakin tinggi harganya dan semakin popular ia akan jadi. Walau bagaimanapun, dua berlian yang mempunyai karat yang sama mungkin membawa nilai yang berbeza disebabkan faktor-faktor lain, iaitu warna, kejernihan dan potongan.

Faktor Keempat: Kejernihan Berlian (Clarity)

Ini ialah faktor terakhir yang akan mempengaruhi harga berlian. Kejernihan berlian dinilai berdasarkan bilangan kecacatan yang terdapat pada berlian tersebut. Semakin banyak kecacatan pada sesuatu berlian, semakin rendah nilai/harganya.

Kecacatan-kecacatan ini merangkumi kedua-dua kecacatan semula jadi yang terkandung dalam berlian (seperti retakan kecil atau serpihan karbon hitam kecil) dan kecacatan luaran (seperti goresan, titik, dll.).

GIA membahagikan kejernihan berlian kepada 6 kategori (dengan 11 gred khusus) seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Kategori/Gred Penerangan
Sempurna (FL – Flawless)

Tiada kecacatan terkandung dan luaran yang kelihatan di bawah pembesaran 10x

Sempurna Secara Dalaman (IF – Internally Flawless)

Tiada kecacatan terkandung yang kelihatan di bawah pembesaran 10x

Sangat, Sangat Sikit Terkandung (VVS1 dan VVS2 – Very, Very Slightly Included)

Kecacatan terkandung yang sangat, sangat sedikit yang sukar dikesan oleh penilai berkemahiran di bawah pembesaran 10x

Sangat Sikit Terkandung (VS1 dan VS2 – Very Slightly Included)

Kecacatan terkandung yang dapat diperhatikan dengan usaha di bawah pembesaran 10x; boleh dianggap sebagai kecacatan kecil

Sikit Terkandung (SI1 dan SI2 – Slightly Included)

Kecacatan terkandung yang kelihatan di bawah pembesaran 10x

Terkandung (I1, I2 dan I3 – Included)

Kecacatan terkandung kelihatan di bawah pembesaran 10x yang akan mempengaruhi ketelusan dan kecerahan

Memandangkan sekarang anda telah habis baca artikel ini, anda boleh memanfaatkan maklumat ini, iaitu mempertimbangkan potongan, warna, karat dan kejernihan berlian, apabila anda ingin membeli, menjual atau memajak berlian anda supaya anda boleh mengimbangkan harga belian vs. estetik vs. nilai jualan semula.

Di Pawnzon, kami menerima barang kemas berlian dalam semua bentuk, dengan atau tanpa sijil

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk memajak berlian anda, hubungi / kunjungi mana-mana kedai pajak gadai rangkaian Pawnzon untuk sebarang pertanyaan lanjut atau dapatkan penilaian dan harga tawaran untuk berlian anda secara PERCUMA!

Harga Pajak Emas 916: RM2xx

Harga Emas Pasaran 916: RM2xx