KPKT iktiraf perkhidmatan cemerlang PPG Anugerah Kredit MADANI 2024
- November 18, 2024
- Posted by: editor
- Category: Pajak
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming, telah merasmikan Majlis Pengiktirafan Anugerah Kredit MADANI (AKM) 2024 di Hotel Berjaya Times Square pada 16/11/2024.
Anugerah ini, yang pertama kali dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), akan diadakan secara dwitahunan mulai tahun 2024.
Platform Pengiktirafan untuk PPG Berlesen
Anugerah Kredit MADANI bertujuan mengiktiraf inisiatif, usaha berterusan, serta perkhidmatan berkualiti tinggi oleh Pemegang Pajak Gadai (PPG) berlesen. Fokus utama anugerah ini adalah:
- Pematuhan undang-undang dan peraturan
- Tahap profesionalisme yang tinggi
- Sokongan kewangan kepada keusahawanan
- Pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR)
Hingga 30 April 2024, Malaysia mempunyai 881 PPG berlesen di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 (Akta 81).
Kategori Anugerah Kecemerlangan
Sebanyak 7 kategori dipertandingkan dalam kategori PPG. Pawnzon telah berjaya menang 4 anugerah iaitu:
- Anugerah Khas Menteri PPG MADANI – Choong Thye Pawnshop Sdn bhd
- Anugerah Inovasi Terbaik – Choong Thye Pawnshop Sdn Bhd
- Anugerah CSR Terbaik – Choong Thye Pawnshop Sdn Bhd
- Anugerah Perniagaan Paling Bernilai – Choong Yee Pawnshop Sdn Bhd
Maklumat Lanjut
Untuk makulamt lanjut sila rujuk:
Sudahkah anda memutuskan untuk Pajak emas anda? Hubungi kami!
Berminat untuk mengetahui berapa banyak yang anda boleh dapat dengan “Pajak” emas anda, hubungi kami sekarang di talian 03-7496 8788 atau kunjungi kedai pajak gadai kami yang terdekat dengan anda untuk mendapatkan penilaian harga PERCUMA!