Pajak Gadai Perkhidmatan Terbaik Malaysia
Isnin - Sabtu, 8.30am - 5.30pm | Ahad, 8.30am - 3.30pm

Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai

Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai

  1. PENGENALAN
    Terma dan syarat ini ialah Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai (“Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai“).
    Dengan mengakses dan menggunakan Perkhidmatan untuk membuat pembayaran kepada Pemegang Pajak Gadai, anda bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai ini.Anda dinasihatkan membaca Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai ini dengan teliti kerana ia melibatkan hak dan liabiliti anda di bawah undang-undang dan peraturan yang terpakai di Malaysia. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai ini, anda tidak seharusnya menggunakan Perkhidmatan ini.
  2. TAKRIF
    1. “Kontrak Pajak Gadai” bermaksud kontrak yang terbentuk apabila Pemegang Pajak Gadai menerima barang untuk gadaian yang anda depositkan atau serahkan dan dengan itü pinjaman akan diberikan kepada anda, menurut keperluan Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.
    2. “Perkhidmatan” bermaksud perkhidmatan dan/atau fungsi urus niaga pembayaran dalam talian yang disediakan dalam laman web ini oleh Pengendali Platform, untuk orang yang telah mengjkat Kontrak Pajak Gadai dengan Pemegang Pajak Gadai.
    3. Pemegang Pajak Gadai” bermaksud mana-mana pemegang pajak gadai berlesen yang disenaraikan dalam Lampiran, yang dengannya anda mengikat Kontrak Pajak Gadai; dan
    4. “Pengendali Platform” merujuk ALPHACLOUD SDN. BHD., pengendali laman web ini dan penyedia Perkhidmatan, dengan pejabat berdaftar di Bilik 603, Tingkat 6, Bangunan Toong Hsing Loong, 26 Jalan Petaling, 50000 Kuala Lumpur.
  3. PENGUATKUASAAN
    1. Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai ini mengawal akses kepada dan penggunaan Perkhidmatan untuk membuat pembayaran kepada Pemegang Pajak Gadai, dan tidak bermaksud untuk menjejaskan, mengubah suai atau mengurangkan apa-apa terma dan syarat di bawah Kontrak Pajak GadaL Jika terdapat ketidakselarasan antara Kontrak Pajak Gadai dengan Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai ini, maka Kontrak Pajak Gadai hendaklah digunakan.
    2. Kami berhak mengubah, mengubah suai, menambah atau mengeluarkan Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai ini atau mana-mana bahagiannyap pada bila-bila masa. perubahan akan berkuat kuasa apabila disiarkan dalam laman web ini. Anda boleh mengetahui bila kali terakhir kami mengubah Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai ini dengan merujuk pernyataan IKemas Kini Terakhir’ di ataş. Kami tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa ganti rugi yang anda tanggung atau alami berhubung dengan kegagalan anda memahami Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai yang dipinda. Akses kepada dan penggunaan Perkhidmatan yang berterusan selepas penyiaran Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai yang dipinda, membentuk persetujuan anda untuk mematuhi dan terikat dengan Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai yang dipinda.
    3. Anda hendaklah mematuhi Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai ini dan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kerugian dan ganti rugi yang timbul daripada atau berkaitan dengan pelanggaran atau kegagalan anda untuk mematuhi Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai ini.
  4. TERMA PEMBAYARAN
    1. Akaun Pengguna
      1. Anda dikehendaki mendaftarkan akaun pengguna melalui laman web ini sebelum menggunakan Perkhidmatan, dan selepas itu anda mungkin dikehendaki memberikan maklumat tertentu kepada Pengendali Platform, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, alamat, nombor yang boleh dihubungi, butiran kad kredit dan kad debit serta apa-apa maklumat Iain seperti yang dianggap perlu Oleh Pengendali Platform. Anda bertanggungjawab mengemaskinikan maklumat tersebut dari semasa ke semasa bagi memastikannya lengkap dan tepat.
      2. Semasa mendaftarkan akaun pengguna, anda dikehendaki mewujudkan nama pengguna dan kata laluan. Anda bertanggungjawab sepenuhnya menyimpan butiran log masuk anda dengan selamat dan menghalang mana-mana orang yang tidak dibenarkan daripada menggunakan akaun anda. Jika akaun anda didapati telah diceroboh, anda mesti memaklumkan kepada Pengendali Platform dengan segera. Jika Pengendali Platform mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa terdapat kemungkinan berlaku pelanggaran keselamatan atau salah guna akaun pengguna, Pengendalj Platform mungkin meminta anda menukar nama pengguna atau kata laluan anda, atau menggantung akaun pengguna anda tanpa memberikan notis terlebih dahulu. Kami tidak akan bertanggungan terhadap apa-apa salah guna atau penggunaan yang tidak dibenarkan terhadap akaun pengguna anda disebabkan kegagalan anda menyimpan butiran log masuk anda dengan selamat dan menghalang orang yang tidak dibenarkan menggunakan akaun pengguna anda.
      3. Selepas anda mewujudkan akaun pengguna, anda dikehendaki memberikan maklumat dan dokumen tertentu seperti yang dikehendaki oleh Pemegang Pajak Gadai, untuk mengaktifkan akaun pengguna. Maklumat dan dokumen yang dikehendaki hendaklah dikemukakan di premis Pemegang Pajak Gadai.
      4. Anda mengakui bahawa apa-apa akses kepada dan/atau penggunaan akaun pengguna anda, dan apa-apa maklumat, data atau komunikasi yang merujuk atau yang dikesan menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda hendaklah dianggap sebagai (i) akses kepada dan/atau penggunaan nama pengguna anda yang anda sendiri lakukan; atau (ii) maklumat, data atau komunikasi yang anda siarkan, hantar dan keluarkan secara sah. Anda bersetuju untuk terikat melalui akses kepada dan/atau penggunaan akaun pengguna anda itu dan anda bersetuju bahawa kami boleh mengambil tindakan terhadap anda dan meminta anda bertanggungjawab dan bertanggungan terhadap tindakan tersebut, seolah-olah anda yang melakukan atau menghantarnya. Anda juga bersetuju untuk menanggung rugi kami terhadap apa-apa dan semua kerugian, yang berpunca daripada apa-apa akses kepada dan/atau penggunaan akaun pengguna yang merujuk atau yang dikesan menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda
      5. Anda mungkin dikehendaki memberikan maklumat atau dokumen tambahan kepada kami dari semasa ke semasa untuk tujuan penentuan atau pengesahan identiti anda, umur, butiran kad kredit atau kad debit atau tujuan lain yang tertentu seperti yang kami anggap perlu.
    2. Pembayaran
      1. Menurut Kontrak Pajak Gadai antara anda dengan Pemegang Pajak Gadai, anda akan dikenakan sejumlah faedah (“Faedah“) tertentu bagi pinjaman yang diperoleh daripada Pemegang Pajak Gadai, yang perlu dibayar pada tarikh yang ditetapkan dalam Kontrak Pajak Gadai anda.
      2. Sebelum anda membuat pembayaran dalam laman web ini, satu laman web akan dipaparkan, yang akan memaklumkan kepada anda jumlah Faedah yang tepat yang perlu dibayar kepada Pemegang Pajak Gadai.
      3. Selepas itu, anda boleh menggunakan Perkhidmatan dalam laman web ini untuk tujuan membuat pembayaran kepada Pemegang Pajak Gadai. Laman web ini satu-satunya laman web yang memungut bayaran bagi pihak Pemegang Pajak Gadai untuk memudahkan anda membuat pembayaran kepada Pemegang Pajak Gadai. Kami tidak membenarkan mana-mana orang lain untuk memungut bayaran bagi pihak kami.
      4. Pembayaran melalui Perkhidmatan boleh dibuat hanya dengan menggunakan FPX, kad kredit, kad debit atau PayPal.
      5. Sebelum menyempurnakan urus niaga, skrin pengesahan akan dipaparkan, yang menghendaki anda mengesahkan butiran urus niaga tersebut. Menjadi tanggungjawab anda untuk menentukan dan mengesahkan bahawa butiran yang dinyatakan pada skrin itu adalah tepat.
      6. Jika urus niaga anda berjaya, anda akan menerima resit pembayaran melalui e mel daripada Pemegang Pajak Gadai. Anda juga boleh memuat turun resit anda pada papan pemuka akaun, dalam laman web.
      7. Maklumat yang anda berikan berkaitan dengan Perkhidmatan yang anda gunakan akan diproses melalui laman web yang selamat. Walau bagaimanapun, anda mengetahui dan bersetuju bahawa penghantaran melalui internet tidak dijamin selamat atau sulit sepenuhnya dan apa-apa maklumat yang anda berikan mungkin boleh dibaca dan/atau dipintas oleh pihak ketiga, Kami tidak akan bertanggungan terhadap apa-apa pintasan dan/atau akses lain yang tidak dibenarkan kepada maklumat yang anda berikan berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan ini.
      8. Jika anda memberikan apa-apa maklumat tentang orang lain, contohnya, butiran kad pembayaran orang lain, untuk tujuan membuat pembayaran kepada kami, anda menjamin dan menyatakan bahawa:
        1. Anda telah mendapatkan persetujuan orang tersebut untuk kami memproses maklumatnya; dan
        2. Anda telah memberikan Notis Perlindungan Data Peribadi bagi laman web Pemegang Pajak Gadai kepada orang yang berkenaan
        3. Pembayaran akhir Faedah dan/atau pembayaran balik jumlah pinjaman hendaklah dibuat hanya di premis kami, melainkan kami menyatakan sebaliknya.
  5. DASAR PEMBAYARAN BALIK
    1. Semua pembayaran yang dibuat melalui laman web ini tidak boleh dibayar balik.
  6. HAL LAIN
    1. Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai ini dikawal oleh undang-undang Malaysia dan semua pihak bersetuju untuk mematuhi bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
    2. Kegagalan atau kelewatan di pihak kami atau anda dalam melaksanakan apa-apa hak di bawah Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai ini tidak boleh dikuatkuasakan sebagai penepian hak tersebut atau menjejaskan apa-apa peristiwa lain atau peristiwa berikutnya atau menjejaskan apa-apa hak atau remedi berhubung dengannya atau dalam apa jua cara mengubah suai atau mengurangkan hak kami atau anda di bawah Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai ini.
    3. Jika apa-apa fasal dalam Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai ini menjadi atau akan diisytiharkan oleh mana-mana mahkamah dengan bidang kuasa kompeten sebagai tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, maka fasal yang tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan itu tidak akan sama sekali menjejaskan apa-apa fasal lain atau sebahagian daripada apa-apa fasal, yang semuanya akan terus berkuat kuasa dan dilaksanakan sepenuhnya, selagi Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai ini boleh terus dilaksanakan tanpa terma yang tidak boleh dikuatkuasakan itu
    4. Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai ini hendaklah mengikat dan menentukan manfaat semua pihak dan penerima serah hak, wakil dan pengganti hak milik mereka masing-masing yang dibenarkan
    5. Kami boleh menyerah hak, menugaskan atau memindahkan apa-apa hak atau obligasi di bawah Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai ini , mengikut budi bicara mutlak kami, kepada pihak ketiga. Anda tidak boleh menyerah hak, menugaskan atau memindahkan apa-apa hak atau obligasi di bawah Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai ini kepada pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis daripada kami.
    6. Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai ini mengandungi persefahaman sepenuhnya antara semua pihak terhadap Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai ini berhubung hanya dengan perkara yang berkaitan dengannya dan mengatasi semua perjanjian atau persefahaman, dorongan atau syarat, yang tersurat atau tersirat, lisan atau bertulis yang terdahulu.
    7. Notis Perlindungan Data Peribadi bagi laman web Pemegang Pajak Gadai mengawal penggunaan apa-apa maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami melalui laman web ini. Anda boleh mendapatkan salinan Notis Perlindungan Data Peribadi laman web kami.

LAMPIRAN

Senarai Pemegang Pajak Gadai:

NO. NAMA ALAMAT NOMBOR TELEFON
1. Choong Teck Pawnshop Sdn. Bhd. (462118-A) No. 6, Jalan Melati 3/19, Bandar Malawati, 45000 Kuala Selangor, Selangor.

603 3289 1466

2. Choong Fatt Pawnshop Sdn. Bhd. (462143-X) No. 32, Jalan Besar, 45600 Batang Berjuntai, Selangor

603 3271 9182

3. Choong Thye Pawnshop Sdn. Bhd. (640785-D) No. 2, Jalan Besar, Pekan Kapar, 42200 Klang Selangor.

603 3250 0813

4. Choong Yee Pawnshop Sdn. Bhd. (434592-D) No. 14, Jalan Pandan 3/6A, Pandan Jaya, 55100 Kuala Lumpur.

603 9282 3813

5. Choong Xin Pawnshop Sdn. Bhd. (639053-V) No. 32A-1, Jalan PJU 5/8, Dataran Sunway, 47810 Kota Damansara, Selangor

603 6141 7099

6. Kedai Pajak Yoong Xin Sdn. Bhd. (35952-W) No. 12A, Jalan Bendahara 1/1, Taman Bendahara, 45000 Kuala Selangor, Selangor.

603 3281 2217

7. Pajak Gadai Yoong Tai Sdn. Bhd. (1163803-V) No. 11A, Jalan USJ 10/1F, UEP, 47610 Subang Jaya, Selangor.

603 8081 2896

8. Pajak Gadai Yoong Yee Sdn. Bhd. (1041245-K) No. 26 (Ground Floor), Jalan 14/14 Section 14 (Jalan Semangat), 46100 Petaling Jaya, Selangor.

603 7931 9656

9. Pajak Gadai Yoong Her Sdn. Bhd. (1040608-T) No. 21, Jalan Sungai Kapar Indah 3K, Sungai Kapar Indah, 42200 Klang, Selangor.

603 3292 8892

10. Pajak Gadai Spektrum (Gombak) Sdn. Bhd. (914660-W) No. 62, Ground Floor, Jalan Jernai 2, Medan Idaman Business Centre, Batu 5 ¼, OFF Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.

603 4032 1172

11. Pajak Gadai Yoong Hua Sdn. Bhd. (1287288-W) No. 14-1 (Ground Floor), Jalan Radin Anum 1, Bandar Baru Seri Petaling, 57000 Kuala Lumpur.

603 9054 5511

12. Pajak Gadai Kemuning Sdn. Bhd. (486421-A) No. 23 Suite 23.01, Jalan Anggerik Vanilla N31/N, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor.

603 5131 3290

13. Pajak Gadai Rantau Panjang Sdn Bhd (1343001-H) No 23, Jalan Sungai Nibong 14A/KU4, Rantau Panjang, 42100, Klang, Selangor.

603 3290 3133

14. Pajak Gadai Setia Sdn Bhd (1343005-K) No. 24, Jalan Setiawangsa 10, Taman Setiawangsa, 54200 Setiawangsa, Kuala Lumpur, Malaysia.

603 4266 3313

15. Pajak Gadai Kuala Selangor Sdn Bhd (1348404-D) Lot 21 (GF), Jalan Raja Jalil, Pekan Kuala Selangor, 45000 Kuala Selangor, Selangor.

603 3289 7913

16. Pajak Gadai JP Sdn Bhd (957225-A) 32, Jalan 2/23a, Taman Danau Kota, 53300, Setapak, Kuala Lumpur.

603 4142 6833

Harga Pajak Emas 916: RM2xx

Harga Emas Pasaran 916: RM2xx