Pajak Gadai Perkhidmatan Terbaik Malaysia
Isnin - Sabtu, 8.30am - 5.30pm | Ahad, 8.30am - 3.30pm

Cara Berfungsi

Proses Memajak di Kedai Pajak Gadai dalam Rangkaian Pawnzon

Proses Kami Amat Mudah!

Langkah 1:

Bawa barang yang ingin anda gadaikan dan dokumen pengenalan diri ke mana-mana kedai pajak gadai dalam rangkaian kami.

Langkah 2:

Dapatkan harga tawaran untuk barangan berharga anda.

Langkah 3:

Terima tunai dan tiket pajak gadai dengan serta merta jika anda setuju dengan harga tawaran kami.

Nota

  • Semua urus niaga pajak gadai melalui Pawnzon mematuhi Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 dan tertakluk pada terma dan syarat.
  • Pelanggan mesti berumur 18 tahun ke atas.
  • Harga tawaran untuk gadaian adalah berdasarkan kadar pasaran terkini pada masa gadaian.
  • Maklumat pelanggan akan direkodkan dalam sistem kami untuk tujuan penyediaan tiket pajak gadai.
  • Setiap tiket pajak gadai bertempoh 6 bulan.
  • Pelanggan boleh memilih pelan faedah (Faedah Fleksi) yang paling sesuai dengan keperluan mereka..
  • Berdasarkan pelan faedah yang dipilih, faedah akan dikenakan ke atas jumlah prinsipal pinjaman, dan perlu dibayar semasa pembaharuan tiket atau penebusan gadaian.
  • Jika tiket pajak gadai hilang, sila maklumkan kami secepat mungkin untuk mencegah penebusan tanpa kebenaran oleh orang lain.

Proses Pembaharuan Tiket Pajak Gadai Melalui Pawnzon

Secara Fizikal

LANGKAH 1:

Bawa tiket pajak gadai anda ke mana-mana kedai pajak gadai dalam rangkaian Pawnzon.

LANGKAH 2:

Pilih pembaharuan yang anda inginkan: Tambah/Kurangkan Amaun Pinjaman ATAU Bayar Faedah

LANGKAH 3:

Bayar faedah dan caj tiket, dan dapat tiket pajak gadai baharu.

Nota

  • Selain daripada kedai pajak gadai asal yang memegang gadaian anda, anda juga boleh membaharui tiket pajak gadai anda di kedai pajak gadai lain dalam rangkaian Pawnzon, dengan syarat kedai pajak gadai tersebut melanggani perkhidmatan “IPT” (Inter Pawnshop Transfer) kami.
  • Tiket pajak gadai baharu yang dikeluarkan juga bertempoh 6 bulan.
  • Sebelum gadaian anda dijadualkan untuk dilelong, Pawnzon akan menghantar peringatan kepada anda melalui SMS, panggilan dan mel.
Secara Dalam Talian

Kini, anda juga boleh membaharui tiket pajak gadai anda dalam talian melalui platform Pawnlink kami. Lagi cepat, lagi senang, dan lebih-lebih lagi, anda akan melakukan bahagian anda dalam menyelamatkan alam sekitar kita!

Langkah 1:

Log masuk ke akaun Pawnlink anda

Langkah 2:

Pilih tiket pajak gadai yang anda ingin membaharui dan buat pembayaran

Langkah 3:

Semak tiket pajak gadai baharu anda di akaun Pawnlink anda

Proses Penebusan Gadaian Melalui Pawnzon

Penebusan dalam 5 MINIT, sememangnya senang!

LANGKAH 1:

Bawa tiket pajak gadai anda ke kedai pajak gadai ASAL.

LANGKAH 2:

Sahkan identiti anda.

LANGKAH 3:

Bayar jumlah penebusan dan dapatkan balik barangan berharga anda.

Nota

  • Jumlah penebusan termasuk jumlah pinjaman pajak gadai TAMBAH faedah.
  • Penebusan perlu dilakukan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tiket pajak gadai dikeluarkan.
PENGIRAAN FAEDAH: FAEDAH FLEKSI*

Untuk setiap urus niaga pajak gadai baharu, pelanggan boleh memilih salah satu pelan faedah fleksibel seperti yang berikut:

  1. Faedah bulanan (kadar tetap pada 1.5% sebulan)
  2. Faedah harian (tidak melebihi 2% sebulan)

Faedah Bulanan

Jumlah Pinjaman Pajak Gadai Faedah yang Dikenakan (RM; Kadar tetap pada 1.5% sebulan)
1 hari 2 hari 15 hari 30 hari
RM100 1.50 1.50 1.50 1.50
RM1,000 15 15 15 15
RM10,000 150 150 150 150

 

Faedah Harian**

Jumlah Pinjaman Pajak Gadai Faedah yang Dikenakan (RM; ≤ 2% sebulan)
1 hari 2 hari 3 hari 15 hari
RM100 0.10 0.10 0.20 1.00
RM1,000 0.70 1.30 2.00 10.00
RM10,000 6.70 13.30 20.00 100.00

**Faedah harian dikira mengikut bilangan hari dalam bulan semasa.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Pendedahan

  • Tiada tempoh bayaran balik minimum. Tempoh pembayaran maksimum bagi gadai adalah enam (6) bulan dari tarikh transaksi, dengan kemungkinan sambungan tertakluk kepada kelulusan.
  • Kadar Peratusan Tahunan Maksimum (APR), yang merangkumi kadar faedah ditambah yuran dan kos lain untuk setahun adalah 24%.
  • Contohnya, pinjaman sebanyak RM 1,000.00 dengan kadar faedah bulanan sebanyak 1.5% selama tiga bulan akan mengakibatkan caj faedah sebanyak RM 45.00. Dengan itu, jumlah keseluruhan yang diperlukan untuk menebus item gadai adalah sebanyak RM 1,045.00.
  • Kami tidak menawarkan pinjaman gadai yang memerlukan pembayaran penuh dalam tempoh 60 hari atau kurang, dari tarikh penerbitan pinjaman gadai.

Harga Pajak Emas 916: RM2xx

Harga Emas Pasaran 916: RM2xx