Jam Tangan Rolex
Jika anda mempunyai jam tangan Rolex, anda boleh memajaknya di mana-mana kedai pajak dalam rangkaian Pawnzon ketika anda terdesak memerlukan wang tunai. Kedai pajak kami terima jam tangan Rolex sebagai gadaian, tidak kira apa modelnya.
Model-model jam tangan Rolex yang kami terima termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yang berikut:
- Rolex Air-King
- Rolex Datejust
- Rolex GMT Master & GMT Master II
- Rolex Daytona
- Rolex Day-Date
- Rolex Submarine
- Rolex Sea-Dweller
- Rolex Cellini
- Rolex Oyster Perpetual
- Rolex Milgauss
- Rolex Yachtmaster & Yachtmaster II
- Rolex Sky-Dweller
- Buatan tangan oleh pakar
- Jumlah yang terhad
- Permintaan yang tinggi
Semua ini menjadikan jam tangan Rolex amat berharga, dengan nilai jualan semula yang tinggi.
Bagaimana Harga Tawaran untuk Jam Tangan Rolex Anda Ditentukan?
Secara amnya, penilai-penilai yang berpengalaman Pawnzon akan menilai dan menawarkan harga pajak gadai untuk jam tangan Rolex anda berdasarkan 3 faktor utama berikut.
Faktor 1:
Kesahihan Jam Tangan Rolex Anda
Walaupun mempunyai reka bentuk yang serupa, jam tangan Rolex palsu tidak bernilai seperti jam tangan Rolex asli. Memandangkan terdapat begitu banyak jam tangan Rolex palsu di pasaran, penilaian kesahihan menjadi salah satu langkah yang penting dalam menentukan harga tawaran untuk jam tangan Rolex.
Untuk membuktikan kesahihan jam tangan Rolex anda, anda boleh membekalkan kotak dan dokumen asli untuk jam tangan Rolex anda, yang merangkumi manual, waranti, nombor rujukan dan rantai ekstra.
Faktor 2:
Nilai Pasaran
Nilai pasaran semasa untuk model jam tangan Rolex anda akan dirujuk untuk menentukan harga tawaran.
Faktor 3:
Keadaan Jam Tangan Rolex Anda
Untuk jam tangan Rolex yang tidak pernah dipakai sejak ia dibeli, ia akan dianggap sebagai “Stok Lama Baru” dan akan ditawarkan dengan harga yang lebih tinggi kerana ia masih dalam keadaan yang sempurna.
Untuk jam tangan Rolex yang sentiasa dipakai, harga tawarannya akan menjadi lebih rendah walaupun anda menjaga ia dengan baik.
Tambahan pula, harga tawaran untuk jam tangan Rolex anda juga mungkin menurun jika apa-apa komponen jam tangan tersebut telah ditukar. Jam tangan Rolex dengan komponen asli akan mempunyai nilai yang lebih tinggi.
Di Pawnzon, kami menerima semua model jam tangan Rolex.
Hubungi / kunjungi mana-mana kedai pajak gadai rangkaian Pawnzon untuk sebarang pertanyaan lanjut atau dapatkan penilaian dan harga tawaran untuk jam tangan Rolex anda secara PERCUMA