Harta Karun Emas Bernilai RM1.3 Trilion di Malaysia
- September 22, 2025
- Posted by: editor
- Category: Gold
Tahukah anda bahawa bumi Semenanjung Malaysia menyimpan ‘harta karun’ tersembunyi yang sangat bernilai? Berdasarkan Laporan Tahunan 2020 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), nilai mineral berlogam emas yang masih belum digali dianggarkan mencecah RM1.03 trilion! Ini menjadikan emas terus menjadi aset paling berharga dan diyakini — bukan sahaja untuk pelaburan, malah sebagai cagaran di kedai pajak gadai seperti Pawnzon.
Jalur-Jalur Emas Malaysia – Emas Di Sekeliling Kita
Pakar geologi mengenal pasti empat jalur emas utama di Semenanjung Malaysia:
- Zon Sutura Bentong-Raub – lokasi lombong Penjom, Raub, dan Selinsing
- Zon Sesar Lebir-Lepar – kawasan Mengapur dan Chini
- Lubuk Mandi dan Mersing – kawasan emas yang masih misteri
Dengan kekayaan semula jadi ini, tidak hairanlah kenapa emas sentiasa menjadi simbol kekayaan dan jaminan kewangan.
Dari Tanah ke Tangan Anda
Emas bukan sekadar perhiasan. Di Pawnzon, emas anda boleh ditukar menjadi tunai dengan segera — tanpa menjualnya. Kami menerima pelbagai bentuk emas sebagai cagaran untuk pinjaman, sama ada rantai, cincin, gelang atau jongkong.
Dan menariknya? Nilai gadaian emas anda hari ini mungkin jauh lebih tinggi, apatah lagi dengan potensi emas negara yang terus berkembang. Siapa tahu? Mungkin sebahagian emas yang anda miliki datang dari salah satu jalur emas utama di Malaysia!
Jangan Biarkan Emas Anda Tidak Digunakan
Jika anda perlukan modal segera untuk perniagaan, perbelanjaan mendesak, atau peluang kewangan lain — emas anda boleh membantu. Bawa ke PAWNZON, dan kami akan bantu anda menilai, menggadai, dan merancang dengan bijak.
Have you decided to Pawn your gold? Contact us!
Interested in finding out how much you can earn with your gold “Pawn”, call us now at 03-7496 8788 or visit us at your nearest shop to get a FREE price evaluation! FREE!