Jangan Terpedaya dengan Tawaran Menarik dari Pajak Gadai Tidak Berlesen
- July 7, 2025
- Posted by: editor
- Category: Gold

Ramai pengguna tertarik dengan iklan pajak gadai yang menawarkan “upah simpan murah” or “beli surat pajak”, “Beli barang kemas“. Namun tahukah anda, ini mungkin pajak gadai tidak berlesen?
Menurut kenyataan rasmi daripada Superintendan Mohd Fauzi Hassan dari Bahagian Kawalan Kredit Komuniti, KPKT, banyak premis tidak sah beroperasi dengan menyamar sebagai pajak gadai sah melalui media sosial. Lebih membimbangkan, barang kemas yang dipajak di premis ini tidak dilindungi insurans — bermakna jika berlaku kebakaran atau kecurian, anda tidak boleh menuntut semula nilai barang tersebut.
Selain itu, kadar keuntungan mereka sering melebihi had dua peratus sebulan yang ditetapkan, dan syarat pajakan tidak konsisten. Premis ini juga tidak menyimpan barang pelanggan secara sah — barangan boleh dilupuskan atau dijual tanpa notis.
Senarai Pajak Gadai PAWNZON – Semak Lokasi Berlesen
PAWNZON ialah pemegang lesen sah yang berdaftar di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Kami menjamin keselamatan dan ketelusan dalam setiap urus niaga.
Untuk melihat senarai penuh lokasi cawangan berlesen kami di seluruh Malaysia, sila lawati:
🔗 https://pawnzon.com.my/lokasi-kedai-pajak-gadai/
Setiap cawangan disenaraikan bersama alamat, waktu operasi dan pautan navigasi untuk kemudahan anda.
Tips Semak Lesen Pajak Gadai
Untuk memastikan anda tidak tertipu, berikut adalah cara mudah untuk semak status lesen pajak gadai:
✅ Periksa Papan Tanda Sah: Hanya premis dengan label “Pemegang Pajak Gadai Berlesen” dibenarkan.
✅ Lesen Dipamerkan: Lesen pajakan wajib dipaparkan dalam premis dan mesti sah & aktif.
✅ Semakan Dalam Talian: Gunakan aplikasi i-Gadaian atau lawati portal rasmi KPKT.
✅ Hati-hati dengan Iklan Mengelirukan: Elakkan premis yang menggunakan istilah seperti “Upah Simpan”, “Beli Surat Pajak”, dan “Beli Barang Kemas” tanpa lesen sah.
Link & Rujukan Penting
🔗 KPKT – Semakan Pemegang Lesen
🔗 Applikasi i-Gadaian
🔗 Senarai Lokasi Cawangan PAWNZON
Pajak dengan selamat, hanya di PAWNZON – pemegang lesen sah, selamat dan dipercayai. Jangan ambil risiko, lindungi barang kemas anda hari ini!
Have you decided to Pawn your gold? Contact us!
Interested in finding out how much you can earn with your gold “Pawn”, call us now at 03-7496 8788 or visit us at your nearest shop to get a FREE price evaluation! FREE!