Pajak Gadai Perkhidmatan Terbaik Malaysia
Isnin - Sabtu, 8.30am - 5.30pm | Ahad, 8.30am - 3.30pm

Terma dan Syarat Pengendali Platform

Terma dan Syarat Pengendali Platform

  1. PENGENALAN
    Terma dan syarat (“Terma dan Syarat“) ini ialah Terma dan Syarat Pengendali Platform. Akses kepada dan penggunaan laman web ini dan/atau Perkhidmatan dalam laman web ini tertakluk kepada Terma dan Syarat ini.
    Dengan mengakses dan menggunakan laman web ini dan/atau Perkhidmatannya, anda bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan Terma dan Syarat ini.
    Apabila anda mengakses dan menggunakan Perkhidmatan ini, anda juga dikawal oleh terma dan syarat Pemegang Pajak Gadai (“Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai“). Anda boleh melihat Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai apabila anda log masuk akaun pengguna anda.Anda dinasihatkan membaca Terma dan Syarat ini dan/atau Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai dengan teliti kerana ia melibatkan hak dan liabiliti anda di bawah undang-undang dan peraturan yang terpakai di Malaysia. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma dan Syarat ini dan/atau Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai, anda tidak seharusnya menggunakan laman web dan/atau Perkhidmatan ini.
  2. TAKRIF
    Terma berikut hendaklah mempunyai maksudnya masing-masing yang berikut:

    1. “Hak Harta Intelektual” termasuk apa-apa paten, hak cipta, reka bentuk berdaftar, tanda dagang, hak reka bentuk, tanda khidmat, hak di bawah lesen atau hak harta industri atau intelektual Yang Iain, sama ada mana-mana satu daripadanya didaftarkan atau tidak dan termasuk permohonan untuk pendaftaran bagi mana-mana Yang disebut di atas dan semua bentuk perlindungan yang serupa jenisnya atau mempunyai kesan yang sama yang mungkin wujud di Malaysia dan/atau di mana-mana sahaja di dunia.
    2. “Kontrak Pajak Gadai” bermaksud kontrak yang terbentuk apabila Pemegang Pajak Gadai menerima barang untuk gadaian yang anda depositkan atau serahkan dan dengan itu pinjaman akan diberikan kepada anda, menurut keperluan Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.
    3. “Perkhidmatan” bermaksud perkhidmatan dan/atau fungsi urus niaga pembayaran dalam talian yang disediakan dalam laman web ini oleh Pengendali Platform, untuk orang yang telah mengikat Kontrak Pajak Gadai dengan Pemegang Pajak Gadai.
    4. “Pengendali Platform” merujuk ALPHACLOUD SDN. BHD., pengendali laman web ini dan penyedia Perkhidmatan, dengan pejabat berdaftar di Bilik 603, Tingkat 6, Bangunan Toong Hsing Loong, 26 Jalan Petaling, 50000 Kuala Lumpur; dan
    5. “Pemegang Pajak Gadai” bermaksud mana-mana pemegang pajak gadai berlesen yang disenaraikan dalam Lampiran, yang anda telah mengikat Kontrak Pajak Gadai dengannya.
  3. PENGUATWASAAN
    1. Terma dan Syarat ini mengawal akses kepada dan penggunaan Perkhidmatan untuk membuat pembayaran kepada Pemegang Pajak Gadai, dan tidak bermaksud untuk menjejaskan, mengubah suai atau mengurangkan mana-mana terma dan syarat di bawah Kontrak Pajak Gadai. Jika terdapat ketidakselarasan antara Kontrak Pajak Gadai dengan Terma dan Syarat ini, Kontrak Pajak Gadai hendaklah digunakan
    2. Kami berhak mengubah, mengubah suai, menambah atau mengeluarkan Terma dan Syarat ini atau mana-mana bahagiannya, pada bila-bila masa. Perubahan akan berkuat kuasa apabila disiarkan dalam laman web init Anda boleh mengetahui bila kali terakhir kami mengubah Terma dan Syarat ini dengan merujuk pernyataan ‘Kemas Kini Terakhir’ di atas. Kami tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa ganti rugi yang anda tanggung atau alami berhubung dengan kegagalan anda memahami Terma dan Syarat yang dipinda. Akses kepada dan penggunaan laman web dan/atau Perkhidmatan yang berterusan selepas penyiaran Terma dan Syarat yang dipinda, membentuk persetujuan anda untuk mematuhi dan terikat dengan Terma dan Syarat yang dipinda.
    3. Anda hendaklah mematuhi Terma dan Syarat ini dan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kerugian dan ganti rugi yang timbul daripada atau berkaitan dengan pelanggaran atau kegagalan anda untuk mematuhi Terma dan Syarat ini.
  4. TERMA PEMBAYARAN
    1. Akaun Pengguna
      1. Anda dikehendaki mendaftarkan akaun pengguna melalui laman web ini sebelum menggunakan Perkhidmatan, dan selepas itu anda mungkin dikehendaki memberikan maklumat tertentu kepada kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, alamat, nombor yang boleh dihubungi, butiran kad kredit dan kad debit serta apa-apa maklumat lain yang kami anggap perlu. Anda bertanggungjawab mengemaskinikan maklumat tersebut dari semasa ke semasa bagi memastikannya lengkap dan tepat.
      2. Semasa mendaftarkan akaun pengguna, anda dikehendaki mewujudkan nama pengguna dan kata laluan. Anda bertanggungjawab sepenuhnya menyimpan butiran log masuk anda dengan selamat dan menghalang mana-mana orang yang tidak dibenarkan daripada menggunakan akaun anda, Jika akaun anda didapati telah diceroboh, anda mesti memaklumkan kepada kami dengan segera. Jika terdapat alasan untuk mempercayai bahawa terdapat kemungkinan berlaku pelanggaran keselamatan atau salah guna akaun pengguna, kami mungkin meminta anda menukar nama pengguna atau kata laluan anda, atau menggantung akaun pengguna anda tanpa memberikan notis terlebih dahulu. Kami tidak akan bertanggungan terhadap apa-apa salah guna atau penggunaan yang tidak dibenarkan terhadap akaun anda disebabkan kegagalan anda menyimpan butiran log masuk anda dengan selamat dan menghalang orang yang tidak dibenarkan menggunakan akaun anda.
      3. Anda mengakui bahawa apa-apa akses kepada dan/atau penggunaan akaun pengguna anda, dan apa-apa maklumat, data atau komunikasi yang merujuk atau yang dikesan menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda hendaklah dianggap sebagai (i) akses kepada dan/atau penggunaan nama pengguna anda yang anda sendiri lakukan; atau (ii) maklumat, data atau komunikasi yang anda siarkan, hantar dan keluarkan secara sah. Anda bersetuju untuk terikat melalui akses kepada dan/atau penggunaan akaun pengguna anda dan anda bersetuju bahawa kami boleh mengambil tindakan terhadap anda dan anda bertanggungjawab dan bertanggungan terhadap tindakan tersebut, seolah-olah anda yang melakukan atau menghantarnya. Anda juga bersetuju untuk menanggung rugi kami terhadap apa-apa dan semua kerugian, yang berpunca daripada apa-apa akses kepada dan/atau penggunaan akaun pengguna yang merujuk atau yang dikesan menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda.
      4. Anda mungkin dikehendaki memberikan maklumat atau dokumen tambahan kepada kami dari semasa ke semasa untuk tujuan penentuan atau pengesahan identiti anda, umur, butiran kad kredit atau kad debit atau tujuan lain yang tertentu seperti yang kami anggap perlut.
    2. Pembayaran
      1. Menurut Kontrak Pajak Gadai antara anda dengan Pemegang Pajak Gadai, anda akan dikenakan sejumlah faedah (“Faedah“) tertentu bagi pinjaman yang diperoleh daripada Pemegang Pajak Gadai, yang perlu dibayar pada tarikh yang ditetapkan dalam Kontrak Pajak Gadai anda.
      2. Sebelum anda membuat pembayaran dalam laman web ini, satu laman web akan dipaparkan, yang akan memaklumkan kepada anda jumlah Faedah yang tepat yang perlu dibayar kepada Pemegang Pajak Gadai.
      3. Selepas itu, anda boleh menggunakan Perkhidmatan dalam laman web ini untuk tujuan membuat pembayaran kepada Pemegang Pajak Gadai. Laman web ini satu-satunya laman web yang memungut bayaran bagi pihak Pemegang Pajak Gadai untuk memudahkan anda membuat pembayaran kepada Pemegang Pajak Gadai. Kami tidak membenarkan mana-mana orang lain untuk memungut bayaran bagi pihak kami.
      4. Pembayaran melalui Perkhidmatan boleh dibuat hanya dengan menggunakan FPX, kad kredit, kad debit atau PayPal.
      5. Sebelum menyempurnakan urus niaga, skrin pengesahan akan dipaparkan yang menghendaki anda mengesahkan butiran urus niaga tersebut. Menjadi tanggungjawab anda untuk menentukan dan mengesahkan bahawa butiran yang dinyatakan pada skrin itu adalah tepat.
      6. Jika urus niaga anda berjaya, anda akan menerima resit pembayaran melalui e mel daripada Pemegang Pajak Gadaii Anda juga boleh memuat turun resit anda pada papan pemuka akaun, dalam laman web.
      7. Maklumat yang anda berikan berkaitan dengan Perkhidmatan yang anda gunakan akan diproses melalui laman web yang selamat. Walau bagaimanapun, anda mengakui dan bersetuju bahawa penghantaran melalui internet tidak dijamin selamat atau sulit sepenuhnya dan apa-apa maklumat yang anda berikan mungkin boleh dibaca dan/atau dipintas oleh pihak ketiga. Kami tidak akan bertanggungan terhadap apa-apa pintasan dan/atau akses lain yang tidak dibenarkan kepada maklumat yang anda berikan berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan ini.
  5. DASAR PEMBAYARAN BALIK
    1. Terma dan syarat pembayaran balik bagi pembayaran yang dibuat dalam laman web ini akan ditentukan oleh Pemegang Pajak Gadai. Dalam hal ini, sila rujuk Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai yang berkaitan berhubung dengan dasar pembayaran balik mereka.
  6. HAK PENGGUNAAN DAN SEKATAN
    1. Anda bertanggungjawab terhadap akses kepada dan penggunaan laman web dan/atau Perkhidmatan, termasuk mendapatkan akses rangkaian data yang perlu.
    2. Anda mengakses dan menggunakan laman web dan/atau Perkhidmatan ini atas risiko anda sendiri. Kami tidak akan bertanggungan terhadap apa-apa kerosakan pada, virus atau kod lain yang boleh menjejaskan apa-apa perkakasan atau peranti, perisian, data atau harta lain akibat daripada anda mengakses dan menggunakan laman web dan/atau Perkhidmatan.
    3. Anda hanya boleh mengakses Perkhidmatan dengan menggunakan cara yang dibenarkan. Menjadi tanggungjawab anda untuk memeriksa dan memastikan anda telah memuat turun dan/atau mengemaskinikan perisian yang betul bagi perkakasan dan peranti untuk mengakses dan menggunakan laman web dan/atau Perkhidmatan. Kami tidak memberikan jaminan bahawa Perkhidmatan akan berfungsi pada mana-mana perkakasan atau peranti tertentu. Kami tidak akan bertanggungan jika anda tidak mempunyai perkasasan atau peranti yang serasi atau jika anda telah memuat turun versi perisian yang salah pada perkakasan atau peranti anda.
    4. Anda boleh mengakses dan menggunakan laman web dan/atau Perkhidmatan menurut apa-apa arahan untuk mengakses dan menggunakan laman web dan/atau Perkhidmatan yang kami sediakan dari semasa ke semasa, Terma dan Syarat ini, Terma dan Syarat Pemegang Pajak Gadai dan apa-apa undang-undang dan peraturan yang pada masa ini berkuat kuasa di Malaysia.
    5. Anda tidak boleh:
      1. menyamar sebagai mana-mana orang atau pihak lain atau mengisytiharkan secara salah, memutarbelitkan atau memberikan gambaran yang salah tentang sekutu anda dengan mana-mana orang atau pihak;
      2. dalam apa jua cara pun merosakkan atau mengganggu Perkhidmatan dan/atau operasi Perkhidmatan;
      3. dalam apa jua cara pun merosakkan atau mengganggu Perkhidmatan dan/atau operasi Perkhidmatan;
      4. memberikan maklumat atau kandungan yang salah, mengelirukan, tidak tepat, menyalahi undang-undang, mengancam, lucah, tidak menyenangkan, mengandungi fitnah bertulis atau berunsur fitnah;
      5. memberikan maklumat atau kandungan yang salah, mengelirukan, tidak tepat, menyalahi undang-undang, mengancam, lucah, tidak menyenangkan, mengandungi fitnah bertulis atau berunsur fitnah;
      6. memperkenalkan virus komputer dan/atau rutin pengaturcaraan komputer yang lain seperti apa-apa virus, perisian hasad, e-mel tanpa diminta, kuda Trojan, pintu rahsia, pintu belakang, cecacing, bom masa, cancelbot yang boleh merosakkan, mengganggu sehingga menjejaskan, memintas secara curi-curi atau mencuri apa•apa sistem, data atau maklumat peribadi, yang berkaitan atau berhubung dengan laman web dan/atau Perkhidmatan;
      7. melanggar apa-apa hak milik orang lain; dan/atau
      8. 6.5.8. menggunakan laman web dan/atau Perkhidmatan melalui cara yang melangggar mana-mana undang-undang dan peraturan di Malaysia.
    6. Kami berhak untuk:
      1. memeriksa, menyemak dan/atau mengawal apa-apa aktiviti, kandungan atau maklumat yang terdapat dalam atau melalui laman web dan/atau Perkhidmatan;
      2. menyiasat apa-apa pelanggaran Terma dan Syarat ini dan mengambil apa-apa tindakan yang sesuai selepas itu;
      3. mengehadkan akses kepada dan penggunaan laman web dan/atau Perkhidmatan jika anda melanggar mana-mana perkara yang dinyatakan dalam Fasal 6,5 di atas; dan/atau
      4. melaporkan apa-apa aktiviti yang meragukan berhubung dengan pelanggaran yang mungkin terhadap mana-mana undang-undang, statut atau peraturan yang terpakai kepada pihak berkuasa yang berkenaan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tersebut.
  7. KEBOLEHGUNAAN
    1. Kami berusaha untuk menjadikan laman web dan/atau Perkhidmatan boleh digunakan dua puluh empat (24) jam sehari, walau bagaimanapun kami tidak bertanggungan jika atas apa-apa sebab laman web dan/atau perkhidmatan tidak boleh digunakan bagi mana-mana masa atau bagi mana-mana tempoh. Kami tidak memberikan waranti atau jaminan bahawa akses kepada dan penggunaan laman web dan/atau Perkhidmatan tidak akan terganggu atau bebas ralat.
    2. Akses kepada dan penggunaan laman web dan/atau Perkhidmatan boleh djgantung atau ditarik balik secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dan tanpa notis jika kami menganggap tindakan tersebut sesuai. Kami boleh menggantung secara sementara penyediaan laman web dan/atau Perkhidmatan disebabkan pembaikan, penyelenggaraan, pemeriksaan, penggantian, kerosakan kemudahan komunikasi atau pengenalan kemudahan dan fungsi baharu. Kami tidak akan bertanggungan terhadap apa-apa ganti rugi atau kerugian yang mungkin anda tanggung atau alami akibat penghentian secara sementara atau tetap laman web dan/atau Perkhidmatan.
    3. Jika laman web dan/atau Perkhidmatan tidak boleh digunakan, digantung atau ditarik balik, anda masih bertanggungjawab untuk membuat pembayaran tepat pada masanya kepada Pemegang Pajak Gadai sebelum tarikh genap tempoh yang dijadualkan (jika berkenaan).
  8. HAK HARTA INTELEKTUAL
    1. Laman web ini mengandungi bahan hak cipta, nama dan tanda dagang dan maklumat hak milik lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, perisian, foto dan grafik, dan mungkin pada masa hadapan termasuk video, grafik, muzik dan bunyi, yang mungkin dilindungi oleh Hak Harta Intelektual.
    2. Kecuali diperuntukkan secara nyata dalam Terma dan Syarat ini, tiada apa-apa yang terkandung di sini boleh dianggap sebagai memberikan anda atau mana-mana pihak ketiga apa-apa lesen atau hak, melalui implikasi atau estopel atau selainnya, di bawah apa-apa undang-undang, kaedah atau peraturan, termasuk Hak Harta Intelektual. Anda bersetuju bahawa semua harta intelektual yang disiarkan di laman web adalah harta bagi pemiliknya masing-masing. Anda tidak boleh menggunakan, menyalin, menghantar, menerbitkan, mengedarkan atau menyiarkan apa-apa hasil kerja termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, gambar, video dan kandungan lain yang terdapat di laman web tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pemilik masing-masing.
  9. PAUTAN
    Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga yang tidak kami terbitkan atau kawal. Pautan tersebut disediakan hanya untuk memudahkan dan tidak boleh, dan tidak mungkin ditafsirkan sebagai, pengendorsan yang nyata atau tersirat bagi laman web tersebut, kandungannya atau apa-apa produk atau perkhidmatan yang ditawarkannya.
  10. PENAFIAN
    Kami tidak akan bertanggungan terhadap walau apa pun jua ganti rugi, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa ganti rugi langsung, tidak langsung, khas, turutan, punitif atau sampingan, atau ganti rugi bagi hilang penggunaan, untung, data atau perkara tak ketara yang lain, kerosakan terhadap nama baik dan reputasi, yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan, ketakmampuan untuk menggunakan atau kegagalan laman web dan/atau Perkhidmatan. Kami menafikan secara nyata, apaapa waranti yang nyata atau tersirat, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kesempurnaan atau ketepatan apa-apa maklumat yang diberikan dan disediakan untuk andau Kami tidak memberikan jaminan bahawa Perkhidmatan dan apa-apa dan semua kemudahan atau kemampuan yang berkaitan dengannya bebas daripada gangguan atau ralat, bahawa kerosakan akan dibaiki, atau kelengkapan dan perisian yang membolehkan Perkhidmatan disediakan bebas daripada Virus atau komponen Iain yang memudaratkan.
  11. TANGGUNG RUGI
    Anda bersetuju untuk menanggung rugi, melindungi dan melepaskan Pemegang Pajak Gadai, kami, pekerja kami, pengarah, ejen, dan/atau vendor daripada semua tuntutan, ganti rugi, kos dan perbelanjaan walau apa pun jenisnya (termasuk kos berdasarkan semua tanggung rugi) yang mungkin kami tanggung atau yang diberi kepada kami dan yang timbul daripada (a) anda atau mana-mana orang Yang anda benarkan mengakses atau menggunakan laman web dan/atau Perkhidmatan; (b) apa-apa pelanggaran aku janji, waranti atau pernyataan yang anda berikan dalam Terma dan Syarat ini, dan (c) anda melanggar apa-apa hak pihak ketiga (termasuk apa-apa hak harta intelektual, harta atau privasi). Tanggung rugi ini tidak tertakluk kepada apa-apa had liabiliti dan termasuk tanpa had, kos dan perbelanjaan termasuk fi profesional yang ditanggung semasa bertindak mengendalikan tuntutan yang dibuat tanpa mengira sama ada prosiding telah dimulakan atau tidak.
  12. HAL LAIN
    1. Terma dan Syarat ini dikawal oleh undang-undang Malaysia dan semua pihak bersetuju untuk mematuhi bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
    2. Kegagalan atau kelewatan di pihak kami atau anda dalam melaksanakan apa-apa hak di bawah Terma dan Syarat ini tidak boleh ditafsirkan sebagai penepian bagi hak tersebut atau menjejaskan apa-apa peristiwa Iain atau peristiwa berikutnya atau menjejaskan apa-apa hak atau remedi berhubung dengannya atau dalam apa jua cara mengubah suai atau mengurangkan hak kami atau anda di bawah Terma dan Syarat ini.
    3. Jika mana-mana fasal dalam Terma dan Syarat ini menjadi atau diisytiharkan Oleh manamana mahkamah dengan bidang kuasa kompeten sebagai tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, maka fasal yang tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan itu tidak akan sama sekali menjejaskan mana-mana fasal Iain atau sebahagian daripada manamana fasal, yang semuanya akan terus berkuat kuasa dan dilaksanakan sepenuhnya, selagi Terma dan Syarat ini boleh terus dilaksanakan tanpa terma yang tidak boleh dikuatkuasakan itu.
    4. Terma dan Syarat ini hendaklah mengikat dan menentukan manfaat semua pihak dan penerima serah hak, wakil dan pengganti hak milik mereka masjng-masing yang dibenarkan.
    5. Kami boleh menyerah hak, menugaskan atau memindahkan apa-apa hak atau obligasi di bawah Terma dan Syarat ini, mengikut budi bicara mutlak kami, kepada pihak ketiga. Anda tidak boleh menyerah hak, menugaskan atau memindahkan apa-apa hak atau obligasi di bawah Terma dan Syarat ini kepada pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis daripada kami.
    6. Terma dan Syarat ini mengandungi persefahaman sepenuhnya antara semua pihak terhadap Terma dan Syarat ini berhubung hanya dengan perkara yang berkaitan dengannya dan mengatasi semua perjanjian atau persefahaman, dorongan atau syarat, yang nyata atau tersirat, Iisan atau bertulis yang terdahulu.
    7. Notis Perlindungan Data Peribadi bagi laman web Pemegang Pajak Gadai mengawal penggunaan apa-apa maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami melalui laman web ini. Anda boleh mendapatkan salinan Notis Perlindungan Data Peribadi bagi laman web Pemegang Pajak Gadai setelah anda log masuk akaun pengguna anda.
    8. Bagi apa-apa persoalan berhubung dengan Terma dan Syarat ini, sila hubungi Pengendali Platform di:Nama: Khidmat Pelanggan PAWNZON
      E-mel: [email protected]

LAMPIRAN

Senarai Pemegang Pajak Gadai:

NO. NAMA ALAMAT NOMBOR TELEFON
1. Choong Teck Pawnshop Sdn. Bhd. (462118-A) No. 6, Jalan Melati 3/19, Bandar Malawati, 45000 Kuala Selangor, Selangor.

603 3289 1466

2. Choong Fatt Pawnshop Sdn. Bhd. (462143-X) No. 32, Jalan Besar, 45600 Batang Berjuntai, Selangor

603 3271 9182

3. Choong Thye Pawnshop Sdn. Bhd. (640785-D) No. 2, Jalan Besar, Pekan Kapar, 42200 Klang Selangor.

603 3250 0813

4. Choong Yee Pawnshop Sdn. Bhd. (434592-D) No. 14, Jalan Pandan 3/6A, Pandan Jaya, 55100 Kuala Lumpur.

603 9282 3813

5. Choong Xin Pawnshop Sdn. Bhd. (639053-V) No. 32A-1, Jalan PJU 5/8, Dataran Sunway, 47810 Kota Damansara, Selangor

603 6141 7099

6. Kedai Pajak Yoong Xin Sdn. Bhd. (35952-W) No. 12A, Jalan Bendahara 1/1, Taman Bendahara, 45000 Kuala Selangor, Selangor.

603 3281 2217

7. Pajak Gadai Yoong Tai Sdn. Bhd. (1163803-V) No. 11A, Jalan USJ 10/1F, UEP, 47610 Subang Jaya, Selangor.

603 8081 2896

8. Pajak Gadai Yoong Yee Sdn. Bhd. (1041245-K) No. 26 (Ground Floor), Jalan 14/14 Section 14 (Jalan Semangat), 46100 Petaling Jaya, Selangor.

603 7931 9656

9. Pajak Gadai Yoong Her Sdn. Bhd. (1040608-T) No. 21, Jalan Sungai Kapar Indah 3K, Sungai Kapar Indah, 42200 Klang, Selangor.

603 3292 8892

10. Pajak Gadai Spektrum (Gombak) Sdn. Bhd. (914660-W) No. 62, Ground Floor, Jalan Jernai 2, Medan Idaman Business Centre, Batu 5 ¼, OFF Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.

603 4032 1172

11. Pajak Gadai Yoong Hua Sdn. Bhd. (1287288-W) No. 14-1 (Ground Floor), Jalan Radin Anum 1, Bandar Baru Seri Petaling, 57000 Kuala Lumpur.

603 9054 5511

12. Pajak Gadai Kemuning Sdn. Bhd. (486421-A) No. 23 Suite 23.01, Jalan Anggerik Vanilla N31/N, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor.

603 5131 3290

13. Pajak Gadai Rantau Panjang Sdn Bhd (1343001-H) No 23, Jalan Sungai Nibong 14A/KU4, Rantau Panjang, 42100, Klang, Selangor.

603 3290 3133

14. Pajak Gadai Setia Sdn Bhd (1343005-K) No. 24, Jalan Setiawangsa 10, Taman Setiawangsa, 54200 Setiawangsa, Kuala Lumpur, Malaysia.

603 4266 3313

15. Pajak Gadai Kuala Selangor Sdn Bhd (1348404-D) Lot 21 (GF), Jalan Raja Jalil, Pekan Kuala Selangor, 45000 Kuala Selangor, Selangor.

603 3289 7913

16. Pajak Gadai JP Sdn Bhd (957225-A) 32, Jalan 2/23a, Taman Danau Kota, 53300, Setapak, Kuala Lumpur.

603 4142 6833

Harga Pajak Emas 916: RM2xx

Harga Emas Pasaran 916: RM2xx