FAEDAH RENDAH HARGA TINGGI
CEPAT & MUDAH
Kami menyelesaikan masalah kewangan anda dengan cara semudah mungkin. Anda boleh melakukan transaksi seperti pembayaran di mana-mana 15 rakan kongsi kami dengan sistem pemindahan gadai. Kami menerima wang tunai dan tanpa tunai semasa anda membuat pembayaran di kedai kami.
Penilai kami yang pakar mengambil masa 5 minit untuk menilai barang berharga anda dan terus memberikan pinjaman tunai dengan serta-merta. Tidak seperti permohonan pinjaman peribadi yang memerlukan masa beberapa minggu untuk disetujui di bawah syarat yang ketat. Kami beroperasi dengan kepercayaan bersama, kami tidak menilai aset dan sejarah kredit milik anda. Sekiranya skor kredit anda kurang dari tahap ideal, perkara itu tidak akan mempengaruhi proses kelulusan kami.
Urusan pajak gadai dengan kami adalah sangat berisiko rendah. Walaupun anda tidak dapat membayar pinjaman anda, satu-satunya perkara yang anda akan rugi adalah barang gadaian anda sahaja. TIADA kadar faedah yang tinggi atau bayaran lewat.
KHIDMAT PELANGGAN KOMITED & MENJAGA
DIPERCAYAI OLEH JUTAAN PELANGGAN
Pajak gadai kami telah beroperasi selama lebih 70 tahun sejak 1947, kami dapat melatih dan mencari Penilai Emas yang memiliki pengalaman sebanyak puluhan tahun — menawarkan harga TERBAIK untuk barang berharga anda. Kami juga mempunyai bilik VIP di kesemua kedai kami dan pelanggan boleh memohon untuk menggunakannya, ini adalah salah satu kemudahan yang disediakan sebagai sebahagian pengalaman menjadi pelanggan kami. Pelanggan meletakkan kepercayaan mereka terhadap kami. Oleh itu, kami memikul kepercayaan itu dengan tanggungjawab yang tinggi. Kami mempunyai CCTV 24 jam dengan HD penuh supaya barang berharga pelanggan kami akan sentiasa diawasi. Untuk keselamatan maksimum, kami mempunyai storan keselamatan bertingkat ke bilik peti besi kami; menjadikannya hampir mustahil bagi pencuri yang paling lengkap untuk memecah masuk. Selain itu, barang berharga anda dilindungi insurans sebanyak 125% daripada jumlah gadaian anda. Kami meyediakan semua ini agar pelanggan kami (anda) dapat tidur dengan tenang dengan SIFAR risau.